Thursday 10 November 2011

Malay Language Pack For Window 7 (All Edition)

Assalamualaikum...dan selamat bersua lagi..dah lama saya tak update blog saya kan..maaf kerana saya terlalu sibuk dengan pekerjaan...ok kali ini saya akan berkongsi sekali lagi aplikasi untuk anda iaitu menukar bahasa yang terdapat didalam komputer...mungkin anda berasa bosan dan mungkin ada yang tidak memahami bahasa komputer...iaitu bahasa inggeris..disini saya akan berkongsi aplikasi yang menukar bahasa (default) komputer anda dari bahasa inggeris ke bahasa melayu ..untuk senang anda memahami dalam bahasa malaysia...apa2 pun sila baca dan saya akan sertai link untuk anda memuat turun
P/s sila baca informasi terlebih dahulu:

Tinjauan

Pek Antara Muka Bahasa Windows (LIP) memberikan versi separa diterjemahkan bagi bahagian Windows yang paling banyak digunakan. Selepas memasang LIP, teks dalam pendeta, kotak dialog, menu dan topik Bantuan dan Sokongan akan dipaparkan dalam bahasa LIP. Teks yang tidak diterjemahkan adalah dalam bahasa asas Windows 7. Contohnya, jika anda membeli Windows 7 versi bahasa Sepanyol, dan memasang LIP Catalan, sesetengah teks kekal dalam bahasa Sepanyol. Anda boleh memasang lebih daripada satu LIP pada sesebuah bahasa asas. LIP Windows boleh dipasang pada semua edisi Windows 7.



Arahan

AMARAN: Jika anda mendayakan penyulitan BitLocker, sila tangguhkannya sebelum memasang LIP. Buka Control Panel, pilih System and Security, kemudian BitLocker Drive Encryption. Klik  Suspend Protection.

Oleh kerana muat turun untuk Windows 7 LIP versi 32-bit dan 64-bit adalah berasingan, sebelum anda memulakan muat turun, anda perlu menentukan Windows 7 versi mana yang anda pasang: Begini cara untuk menentukan Windows 7 versi mana yang anda ada:

Klik pada butang Start kemudian klik kanan pada Komputer dan pilih Properties. Ini akan menayangkan maklumat asas tentang komputer anda.
Lihat dalam seksyen Sistem untuk jenis Sistem. Ini menandakan sama ada Sistem Pengendalian Windows 7 anda adalah Sistem Pengendalian 32-bit atau Sistem Pengendalian 64-bit. 


Untuk memasang versi 32-bit, anda boleh pilih untuk:

  1. Anda cuma perlu seretkan aplikasi LIP_ms-MY-32 bit dan LIP_ms-MY-64bit yang ada didalam folder rar ke desktop anda dan di aplikasi tersebut anda perlu klick kanan dan pilih Run administrator

Untuk memasang versi 64-bit, anda hendaklah menggunakan cara seperti diatas. 
 

Fail dalam Muat Turun ini

Pautan dalam seksyen Muat Turun ini menggunakan folder winrar.bagi yang tidak ada winrar sila download nya segera kerana folder tersebut menggunakan format rar. ia bukan folder biasa makanya anda perlu memuat turun winrar.

 


Download
 
 

No comments:

Post a Comment